fbpx

Padah potong Q, pemandu wanita disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu wanita tersebut disaman selepas melakukan aksi potong Q di persimpangan lampu isyarat di Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Perbuatan biadap seorang pemandu wanita memotong secara berbahaya di lampu isyarat Kilometer 46 Jalan Klang-Teluk Intan di sini sehingga tular memakan diri apabila disaman polis, semalam.

Wanita itu diberikan saman selepas hadir ke pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor kira-kira pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya terdahulu mengesan sebuah klip video berdurasi 36 saat di laman Facebook kira-kira pukul 3.30 petang, kelmarin.

Katanya, pemandu wanita tersebut telah hadir ke pejabat BSPT daerah dan telah disaman mengikut Kaedah 6(1)A LN166/59 kerana memotong secara bahaya atau memotong Q.

“Saya nasihatkan pengguna jalan raya agar lebih bersabar dan bertimbang rasa bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan sebuah kereta jenis Proton Saga bertindak memotong barisan ketika berada di persimpangan lampu isyarat.

Kejadian kira-kira pukul 6.16 petang, Jumaat lalu itu dirakam kamera papan pemuka kenderaan belakang yang membunyikan hon sebagai tanda memprotes perbuatan tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI