fbpx

Jiyeon mahu kahwini pemain besbol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIYEON

MINGGU lalu, ada banyak khabar bahagia mengisi industri K-pop apabila pasangan selebriti popular, Son Ye-jin dan Hyun Bin mengumumkan perkahwinan mereka.

Berkongsi kegembiraan sama, penyanyi daripada kumpulan T-ara iaitu Jiyeon juga akan melalui fasa yang sama apabila turut mengumumkan perkahwinannya.

Dia dilaporkan akan mendirikan rumah tangga dengan pemain besbol profesional, Hwang Jae-gyun.

Menerusi surat terbuka kepada peminat dalam Instagramnya, penyanyi itu meluahkan kesyukuran dan gembira kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik.

“Pada waktu sedang bergelut dengan hidup, dia datang menghulurkan tangan dan banyak memberi semangat untuk saya melalui perjalanan yang panjang.

“Tahun lepas, saya mula bercinta dengannya selepas berkenalan menerusi rakan. Dia baik, menjaga dan mengajar saya tentang kebahagiaan.

“Pada musim sejuk nanti, saya akan berkahwin dengan dia yang merupakan hadiah teristimewa dalam hidup saya,” ujar Jiyeon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI