fbpx

Elak guna sindiket, ejen nikah di Siam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk (kanan) bersama Abdul Latif (tengah) memeriksa kelengkapan sekolah yang akan diagihkan kepada penerima Program Jom Ke Sekolah 2022 Kawasan Kuala Krai di Dewan Majlis Daerah Dabong, Manek Urai Baru, Kuala Krai hari ini.

KUALA KRAI – Kerajaan mengingatkan agar semua rakyat negara ini tidak menggunakan sindiket atau ejen yang menawarkan khidmat perkahwinan di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengelak kesulitan berlaku pada masa hadapan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, perkahwinan di sempadan melibatkan keabsahan terutamanya dari sudut hukum syarak sekali gus memberi kesan kepada pendaftaran anak-anak.

“Oleh itu, orang ramai perlu memilih cara yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan supaya tidak berbangkit isu atau masalah pada masa akan datang.

“Dalam usaha untuk memudahkan urusan (perkahwinan), gunakan saluran betul mengikut undang-undang seperti yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri atau wilayah,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan Program Jom Ke Sekolah 2022 Kawasan Kuala Krai di Dewan Majlis Daerah Dabong, Manek Urai Baru di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Fauzi Mohamad.

Dalam majlis itu, seramai 300 penerima yang terdiri daripada murid dan pelajar seluruh Parlimen Kuala Krai mendapat manfaat menerusi sumbangan tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI