fbpx
Pelancong berpeluang melihat kawanan helang jinak sambil menikmati hidangan laut segar dan bermain ATV di Thailand.

Pusat urut bukan lagi tarikan orang ke Thai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADANG BESAR – Jika sebelum ini pusat urut dan restoran yang menyajikan masakan terkenal Siam menjadi tumpuan rakyat Malaysia bercuti di selatan Thailand, namun kini corak pelancongan lebih berorientasikan keluarga dengan pelbagai aktiviti santai menjadi pilihan.

Presiden Persatuan Perdagangan dan Pelancongan Halal Thailand-Asia Tenggara (Tahta), Aida Oujeh berkata, rakyat Malaysia kini lebih cenderung membawa keluarga dengan memandu kenderaan sendiri.

Katanya, ramai memilih homestay sebagai penginapan, selain membeli-belah di kedai serbaneka dan mencuba makanan segera termasuk burger viral.

“Jika dahulu tumpuan hanya pada makanan dan pusat urut, kini trend pelancongan lebih ber­orientasikan keluarga dengan memilih lokasi aktiviti santai.

“Capaian internet yang baik turut menggalakkan kembara sendiri atau free and easy dalam kalangan pelancong muda,” ­katanya kepada Kosmo!.

Menurut Aida, situasi itu me­rancakkan lagi sektor pelancongan di wilayah Songkhla, Satun dan kawasan lain yang menerima limpahan pelancong Malaysia.

“Antara lokasi baharu yang semakin popular ialah Khao ­Khram, wilayah Patthalung dengan aktiviti kenderaan lasak (ATV) di kawasan air terjun serta bermain kayak di Manang, wilayah Satun.

“Restoran atas bot di Tammalang, wilayah Satun yang menyajikan sajian makanan laut segar sambil melihat kawanan helang yang jinak serta panorama menarik turut menjadi pilhan pelancong,” katanya.

Dalam pada itu, kata Aida, keadaan geopolitik yang semakin stabil di sempadan Thailand-Kemboja serta kehadiran Perdana Menteri baharu negara Gajah Putih itu memberi keyakinan pelancong terus memilih negara itu sebagai destinasi ­pelancongan.

Kosmo! semalam melaporkan kira-kira 200,000 rakyat Malaysia membelanjakan lebih RM50 juta untuk membeli-belah dan bercuti di empat wilayah di Selatan Thailand terutama di Hatyai dekat sini cuti persekolahan.

Jumlah berkenaan berdasarkan tempahan lebih 120,000 bilik hotel, vila dan resort di wilayah Narathiwat, Yala, Pattani dan Songkhla.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN