fbpx

Penganggur rugi RM22,840, ditipu tawaran kerja palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh : NOHAFIZAN ZULKIFLI

KUANTAN – Malang buat seorang wanita apabila dia tidak hanya gagal mendapatkan pekerjaan, malah diperdaya pula sehingga kerugian sebanyak RM22,840.

Mangsa berusia 33 tahun yang merupakan seorang penganggur menerima tawaran kerja palsu di laman sosial pada Rabu lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa telah melihat tawaran kerja berkenaan di akaun Facebook dan menghubungi nombor tertera pada pukul 3.30 petang ketika berada dirumahnya di Air Putih di sini.

Katanya, mangsa kemudian berurusan dengan seorang wanita dikenali Evon dan menyatakan minatnya untuk melakukan kerja mempromosi dan penjualan produk yang ditawarkan.

“Suspek memaklumkan mangsa akan diberikan komisen sebanyak enam peratus terhadap barangan yang ditempah dan diberikan satu aplikasi ‘Isalebiz’ untuk membuat tempahan sebanyak 60 barang dan dengan menggunakan wang miliknya.

“Mangsa juga dimaklumkan wang miliknya akan dikembalikan semula berserta komisen dan keuntungan daripada penjualan produk secara terus ke dalam akaunnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI