fbpx

Juventus tuntut aksi sempurna Vlahovic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VLAHOVIC berjaya membuktikan kehebatannya apabila meledak satu gol dan satu umpanan jaringan dalam dua perlawanannya bersama Juventus. – AFP

TURIN – Bintang Juventus, Dusan Vlahovic terus menjadi sandaran buat gergasi Itali itu menjelang aksi Serie A menentang lawan sukar, Atalanta di Stadio Atleti Azzurri d’Italia awal pagi esok.

Vlahovic membuktikan Juventus membuat keputusan tepat membelinya daripada Fiorentina dengan yuran perpindahan tinggi bernilai €70 juta (RM332.86 juta) hujung bulan lalu.

Penyerang Serbia berusia 22 tahun itu tidak menunggu lama apabila meledak satu gol ketika membuat debut menentang Hellas Verona pada aksi Serie A sebelum mencipta satu umpanan jaringan sewaktu menewaskan Sassuolo dalam saingan Piala Coppa Itali.

Ketua Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri mengharapkan Vlahovic dapat mengekalkan momentumnya untuk mencatat kemenangan ke atas Atalanta sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka dalam kelompok empat teratas musim ini.

“Vlahovic tidak mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan dan corak permainan pasukan. Malah, dia turut membawa karakter yang tiada di Juventus sebelum ini.

“Begitupun, dia masih perlu meningkatkan tahap permainan dan lebih banyak menyerang ­ruang kosong pasukan lawan. Ini adalah proses normal buat mana-mana pemain,” katanya.

Kehadiran Vlahovic menyaksikan krisis bahagian serangan Juventus seakan-akan selesai apabila bekas penyerang Fiorentina itu tiada masalah membentuk gandingan dengan Paulo Dybala dan Alvaro Morata.

Sebagai rekod, Juventus ketika ini menghuni tangga keempat Serie A dengan 45 mata, manakala Atalanta ketinggalan dua mata pada kedudukan kelima, namun memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI