fbpx

Doktor saran suami potong ‘tube’, jangan hanya suruh isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian Dr. Aishah yang mencadangkan agar golongan suami menjalankan proses 'ikat tube' atau vasektomi bagi mengelakkan isteri mengandung.

PETALING JAYA – Kebanyakan pasangan berkahwin di luar sana meletakkan tanggungjawab mengenai perancangan anak kepada isteri semata-mata.

Sehubungan itu, suami sering mengharapkan pasangan mereka menjalankan kaedah pemasangan IUD, implan, mengambil pil perancang serta melakukan kaedah Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau lebih dikenali sebagai ‘ikat peranakan’.

Namun, menerusi perkongsian Dr. Aishah Yunos di media sosial, beliau mencadangkan agar golongan suami mengambil tugas berkenaan dengan menjalankan proses ‘ikat tube’ atau vasektomi sebagai langkah mengelakkan pasangan mereka mengandung.

“Orang lelaki pun boleh ‘potong tube’ bukan hanya suruh isteri sahaja yang buat.

“Kaedah ini jauh lebih murah kosnya berbanding BTL yang perlu dilakukan oleh isteri,” katanya.

Sementara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh portal The Asian Parents, satu operasi kecil akan dijalankan kepada suami supaya dapat menghalang sperma daripada masuk ke dalam air mani selepas persetubuhan.

Dalam pada itu, perkongsian beliau turut mendapat pelbagai reaksi orang ramai dan ada antara mereka mempunyai pengalaman apabila si suami menjalankan kaedah tersebut.

“Orang lelaki mana boleh rasa sakit, demam sikit pun perap macam budak kecil, apa lagi nak buat kaedah tersebut,” ujar seorang pengguna.

“Suami saya dah guna kaedah ini, dia risau kalau saya yang buat, sebagai ganti dia yang buat, Alhamdulillah, anak kami dah lima orang, dia kata cukup dah untuk keluarga kami,” kongsi seorang pengguna lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI