fbpx

Budak 12 tahun maut kereta dipandu langgar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang dipandu kanak-kanak tersebut selepas berlanggar dengan lori. - The Sun

DUBLIN, IRELAND – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terbunuh selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan  lori di sebuah kawasan perkampungan di daerah Limerick, Ireland, lapor Badan Penyiaran Britain kelmarin.

Kemalangan  tersebut berlaku menjelang pada pukul  2 pagi (waktu tempatan) kelmarin.

Kanak-kanak tersebut, Wiktor Chojecki, dilaporkan memandu kereta milik ibu bapanya. Mangsa memandu kereta itu seorang diri.

Pemandu lori yang berusia dalam lingkugan 40-an tidak mengalami kecederaan parah. Dia bagaimanapun masih trauma ekoran insiden tersebut.

Menurut portal berita MailOnline, polis tempatan memberitahu bahawa Chojecki bakal menyambut hari lahirnya yang ke-13 tidak lama lagi.

Tiada maklumat lanjut diberikan mengenai latar belakangnya atau bagaimana dia memandu kereta itu.

Anggota polis dikejarkan ke lokasi kemalangan bagi menyiasat punca kejadian, manakala mayat kanak-kanak tersebut dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI