fbpx

Tak tahu punca, Daddycap kerap demam, sesak nafas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKIBAT kesihatan tidak mengizinkan, Daddycap menghilang selama dua minggu.

PETALING JAYA – Penyanyi rap sensasi Caprice atau Daddycap bingung tentang masalah kesihatan yang dialaminya apabila sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah pernafasan.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pemilik nama lengkap Ariz Ramli itu memaklumkan dirinya sudah melakukan ujian calitan Covid-19 sebanyak empat kali dan keputusannya adalah negatif.

“Alhamdulillah selepas empat kali melakukan ujian calitan Covid-19 dalam masa dua minggu, masalah kesihatan saya bukan disebabkan Covid-19.

“Maaf kerana ‘menghilang’ selama dua minggu kerana kerap keluar dan masuk hospital. Pagi tadi (semalam) sempat lari sekejap untuk pembentangan (urusan kerja),” tulisnya dalam Instagram.

Ujar pelantun lagu Pilihanku itu lagi, sejak dua minggu lalu dia kerap demam dan mengalami sesak nafas, namun negatif daripada dijangkiti Covid-19.

Lebih membingungkan, sehingga kini doktor masih tidak tahu punca masalah kesihatan yang dialaminya kerana kerap demam dan sesak nafas.

“Doktor masih tidak tahu lagi punca saya demam dan sesak nafas. Insya-Allah saya okey,” katanya.

Sementara itu, menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, penyanyi berusia 34 tahun itu bersyukur apabila isterinya, Farra Inalis serta anak tirinya, Aleesya Sofea bebas daripada Covid-19 selepas melakukan ujian calitan semalam.

“Untuk langkah berjaga-jaga, semua ahli keluarga saya telah melakukan ujian calitan Covid-19. Alhamdulillah semua negatif,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI