fbpx

Seronok bertukar duka, 6 diberkas main judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam lelaki diberkas selepas disyaki bermain judi daun terup dalam sebuah pusat karaoke di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor malam kelmarin.

JOHOR BAHRU – Keseronokan enam pengunjung sebuah pusat hiburan karaoke bermain judi daun terup bertukar episod duka apabila mereka diberkas dalam kejadian di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini malam kelmarin.

Dalam operasi pada pukul 11.35 malam itu, keenam-enam individu yang berusia 25 hingga 35 tahun bukan sahaja ditahan malah turut dikenakan kompaun.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah, mereka dikenakan kompaun selepas melanggar prosuder operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

“Sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), IPD Johor Bahru Utara telah melakukan serbuan ke atas sebuah pusat hiburan keluaran dalam pentadbiran JBU.

“Semasa pasukan melakukan serbuan, terdapat enam lelaki sedang leka bermain judi daun terup tanpa patuh SOP,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fariz Ammar berkata, dalam operasi itu sejumlah wang tunai dan daun terup dirampas manakala enam lelaki itu dikenakan kompuan RM1,000 setiap seorang mengikut Akta 352 (PPN Fasa 4).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI