fbpx

Pelajar sekolah dicekup pecah rumah penuntut kolej

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARANGAN curi yang dirampas polis daripada suspek

KUALA SELANGOR – Seorang pelajar tingkatan enam sebuah sekolah dicekup selepas terlibat memecah masuk rumah penuntut kolej di sekitar daerah ini, semalam.

Suspek berusia 20 tahun itu ditangkap pukul 6 petang di Taman Meranti ketika memandu kereta jenis Proton Iswara selain menemui barangan hasil curi seperti komputer riba.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, penahanan remaja itu dilakukan ekoran kes pecah rumah melibatkan dua pelajar sebuah kolej swasta Taman Warisan di sini, Isnin lalu.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang, mangsa kehilangan dua buah telefon bimbit, tiga komputer riba dan alat pendengar telinga.

“Bertindak atas maklumat, kita kemudiannya berjaya menahan suspek yang memandu Proton Iswara dengan pemeriksaan turut menemui beberapa barangan yang disyaki hasil pecah rumah.

“Siasatan lanjut mendapati suspek itu masih bersekolah di tingkatan 6 sebuah sekolah menengah di daerah ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, modus operandi suspek adalah memasuki rumah pelajar yang disewa oleh pihak kolej.

Ramli, siasatan turut mendapati tiada kesan umpil dan gril tidak ditutup di lokasi kejadian tersebut sebelum ini.

“Siasatan lanjut mengenai tempoh kegiatan haram suspek masih dijalankan ketika ini. Dia kini direman selama lima hari sehingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI