fbpx

Kit ujian pakai ‘air paip’ boleh positif ?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kit ujian air liur yang diuji menggunakan air paip

PETALING JAYA – Penggunaan ujian saringan Covid-19 secara kendiri (Rapid Antigen Test) dengan menggunakan sampel air liur kini mula dipersoalkan apabila tular sebuah video di laman sosial hari ini.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman sosial milik @bibiaqyaa_ itu memaparkan seorang lelaki cuba menguji sebuah kit ujian air liur dengan menggunakan air paip atau air suling sebagai pengganti.

Apa yang mengejutkan, video berdurasi satu minit 14 saat itu turut menunjukkan keputusan ujian yang dilihat positif kerana mempunyai dua garisan.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai dilihat melemparkan pelbagai spekulasi mengenai perkara berkenaan.

“Air paip anda dah penuh kuman, jadi gunalah penapis air dan mungkin ia sudah merebak ke dalam bilik air,” kata emmey emmellda.

“Saringan ujian tu bukan 100 peratus betul. Pakcik saya ‘test’ negative tapi bila pergi klinik rupanya positif,” ujar Ateng.

Sementara itu, seorang pengguna dikenali sebagai Miera memberitahu bahawa ujian itu perlu dilakukan beserta cecair yang telah disediakan oleh pengeluar kit tersebut.

“Kan di dalam kit itu ada disediakan cecair. Ia perlu diletakkan dahulu sebelum membuat ujian air liur dan selepas itu baru lah buat ‘test’ (uji) bang,” jelasnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI