fbpx

Skandal ‘Currygate’ cetus kemarahan rakyat Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARI ayam Singapura yang dimasak oleh Clarrisa. -NYTCOOKING

SINGAPURA – Akhbar New York Times hari ini memadamkan klip video menunjukkan seorang penulis berpangkalan di Taiwan memasak  ‘kari ayam Singapura’ selepas pengkritik-pengkritik  yang berang dari pulau berkenaan, mendakwa bahawa masakan tersebut menyerupai sisa kumbahan, jauh sekali  hidangan tempatan.

Rakyat Singapura amat berbangga dengan tradisi masakan mereka, yang menggabungkan pengaruh daripada penduduk berbilang etnik di negara  pulau itu. Mereka juga sensitif terhadap percubaan gagal oleh orang luar untuk menggambarkan hidangan tempatan.

Kontroversi bermula apabila New York Times menyiarkan rakaman video pada bulan ini di akaun Instagram  nytcooking yang memaparkan Clarissa Wei menunjukkan cara memasak kari ayam Singapura.

Clarissa adalah seorang wartawan bebas Amerika yang berpangkalan di Taipei.

Media sosial di negara kota itu menyala dengan api kemarahan, manakala pengkritik-pengkritik  mengatakan, hidangan itu kelihatan seperti air longkang yang kotor dan bukannya kari tempatan asli.

“Saya minta maaf tetapi apakah ini? Sebagai rakyat Singapura, saya tidak pernah melihat mana-mana versi kari ayam yang kelihatan seperti ini daripada mana-mana kumpulan etnik utama,” kata satu komen di media sosial.

Digelar  ‘Currygate’ oleh media tempatan, saga  masakan itu  menerima liputan kritikal tanpa henti selama beberapa hari sebelum akhbar berkenaan akhirnya tunduk kepada tekanan dan menarik balik klip video itu.

“Selepas mendengar maklum balas anda, kami telah mengalih keluar video itu,” kata mesej pada akaun nytcooking yang mempunyai seramai 3.4 juta pengikut.

Video itu mengiringi artikel yang ditulis Wei untuk Times mengenai pelbagai makanan yang dinikmati oleh rakyat Singapura semasa perayaan Tahun Baharu  Cina. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI