KELAB Penang FC mengharapkan kecederaan pemain sayap pasukan, Adib Raop tidak seĀrius sehingga menyaksikan dirinya perlu berehat terlalu lama memandangkan saingan Liga Malaysia (Liga M) akan bermula tidak lama lagi.
Sebagai rekod, Adib dilihat mengalami kecederaan pada mukanya selepas dilaporkan ditumbuk ketika insiden pergaduhan melibatkan aksi persahabatan skuad Harimau Kumbang menentang Terengganu FC II (TFC II) di Kuala Terengganu kelmarin.
Kenyataan Penang FC memberitahu, pihak pengurusan mempertahankan tindakan Adib kerana apa yang dilakukannya adalah untuk meleraikan pergaduhan melibatkan kedua-dua pasukan.
āTindakan Adib Raof yang cuba meleraikan insiden yang berlaku telah disalah faham sebagai satu bentuk provokasi oleh pemain lawan hingga menyebabkan dia mengalami kecederaan serius pada hidung.
āKelakuan agresif itu juga nampaknya menyebabkan beberapa pemain-pemain Penang FC hilang kawalan bagi membalas balik tindakan fizikal yang dilakukan oleh pemain lawan.
āKita berharap melalui ujian imbasan MRI yang akan dijalankan ke atas Adib tidak melibatkan kecederaan serius yang boleh menyebabkan dia tidak dapat bermain dalam mana-mana perlawanan penĀting dalam tempoh masa yang lama,ā kata kenyataan tersebut.
Pengurusan skuad Harimau Kumbang yang dikendalikan oleh Thomas Trucha itu turut menyeru agar barisan pemain lebih bersabar dan mengutaĀmakan keselamatan kendiri pada aksi akan datang.
āPara pemain Penang FC diharapkan agar lebih bersabar dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri daripada apa-apa kecederaan yang berbangkit daripada tindakan yang kurang bijaksana daripada mana-mana pihak.
āApa yang penting, kita berdoa agar Adib dan pemain TFC II, iaitu Ridzuan Razali tidak mengalami kecederaan yang serius akibat insiden berkenaan,ā katanya.
















