fbpx

Lelaki bunuh diri setelah tertembak abang sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBANYAK 25,000 ekor beruang hitam tinggal di negeri Oregon. - Getty

SALEM, OREGON – Seorang lelaki dari negeri Oregon bertindak membunuh diri selepas secara tidak sengaja menembak saudara lelakinya ketika mengisi peluru pada pistol untuk menembak seekor beruang di hartanah milik mereka, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC). 

Lelaki itu membuat panggilan kecemasan untuk melaporkan tragedi yang berlaku tetapi menembak diri sendiri sebelum polis sempat tiba. 

Insiden itu berlaku pada Selasa lepas di kawasan perumahan Sunny, luar bandar daerah Josephine dekat sempadan utara California. Identiti kedua-dua lelaki terbabit bagaimanapun tidak didedahkan.

Kira-kira 25,000 beruang hitam tinggal di Oregon dan pemilik-pemilik rumah biasanya digesa untuk mengelakkan pertembungan dengan haiwan tersebut.

Menurut Pejabat Syerif Daerah Josephine, lelaki yang membuat panggilan kecemasan tersebut memaklumkan ingin memuatkan peluru pada senjatanya dengan niat untuk menembak beruang berkenaan.

Apabila polis tiba di rumah, mereka mendapati kedua-dua lelaki itu telah meninggal dunia dengan setiap seorang daripada mereka mempunyai kesan tembakan. 

Kes itu kini dalam siasatan oleh pejabat syerif dan polis negeri Oregon. Mayat dua lelaki tersebut diserahkan ke pejabat pemeriksa perubatan negeri. 

Peningkatan pemilikan senjata api di Amerika Syarikat (AS) telah disertai dengan kadar kematian dan kecederaan yang lebih tinggi disebabkan tembakan yang tidak disengajakan.

Hampir 500 orang meninggal dunia setiap tahun dalam insiden tembakan yang tidak disengajakan, demikian menurut data dari Dana Pendidikan untuk Menghentikan Keganasan Senjata. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI