fbpx

Insiden kapal karam, dua mangsa hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kapal membawa muatan berat yang karam serta usaha pencarian hari kedua dijalankan BBP Tanjung Manis

SARIKEI – Seorang lelaki terselamat manakala dua mangsa masih hilang dalam insiden kemalangan kapal membawa muatan jentera berat di Sungai Batang Serding, Tanjung Manis, di sini semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata, insiden itu berlaku sekitar pukul 12 tengah malam, semalam.

“Orang awam ditempat kejadian menjumpai seorang lelaki yang merupakan juragan kapal berusia 66 tahun sedang terkapai-kapai di dalam sungai sebelum mangsa diselamatkan saksi tersebut pada pukul 8.30 pagi.

“Menurut mangsa yang terselamat, terdapat dua orang lagi rakannya yang masih hilang dan usaha pencarian giat dijalankan hari ini,” katanya.

Jelasnya, operasi pencarian hari kedua dijalankan sekitar kapal yang karam dan seterusnya sepanjang muara sungai melibatkan kawasan radius pencarian sejauh enam kilometer (km).

“Operasi itu dijalankan dengan kekuatan Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Awang Bursah Awang Mustapha bersama lima anggota, dua bot serta lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan satu bot.

“Operasi diteruskan dalam keadaan cuaca yang mendung manakala mangsa yang terselamat telah dihantar ke Hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI