fbpx

Wanita terlalu teruja kawan karib kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan situasi ketika seorang wanita terlalu bersemangat ketika kawan karibnya selamat diijabkabulkan. – TikTok

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang wanita yang terlalu teruja ketika kawan karibnya selamat diijabkabulkan, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dimuat naik pada akaun TikTok bernama @addfjsiis itu menunjukkan situasi sebuah majlis perkahwinan ketika acara ijab kabul sedang dijalankan.

Dua pengantin termasuk ahli keluarga dan tetamu yang hadir dilihat sedang bersila di atas lantai. Mereka turut fokus mendengar ucapan juru nikah dan pengantin lelaki.

Sejurus selepas sesi ijab kabul selesai, tiba-tiba seorang wanita yang duduk di sebelah pengantin perempuan melakukan reaksi yang mengejutkan orang ramai.

Wanita berpakaian serba kuning itu menepuk bahu pengantin perempuan dengan kuat sehingga membuatkannya terkejut.

Seorang wanita berstatus ‘emak’ yang memakai baju berwarna biru turut terkejut lalu memarahi wanita berkenaan. 

Wanita itu hanya mampu ketawa kerana gembira melihat kawan karibnya sah menjadi isteri orang.

Kejadian itu turut mendapat tumpuan netizen di ruangan komen dengan lebih 152,000 tontonan.

“Memang biasa perangai seperti ini kalau kawan karibnya kahwin,’’ tulis seorang netizen.

“Terkejut makcik berbaju biru tu,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI