fbpx

Presiden Perancis dakwa Putin beri jaminan tidak akan tingkatkan krisis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Macron (kiri) dan Putin (kanan) mengadakan sidang akhbar bersama selepas mengadakan mesyuarat di Moscow, Isnin lalu. – AFP

KIEV– Presiden Perancis, Emmanuel Macron mendakwa menerima jaminan daripada Presiden Rusia, Vladimir Putin, bahawa beliau tidak akan meningkatkan krisis antara Moscow dan Kiev, lapor agensi berita United Press International, kelmarin.

Macron mengumumkan perkara itu ketika sesi lawatannya ke Ukraine, kelmarin.

Beliau sebelum itu mengadakan mesyuarat bersama Putin di Kremlin yang berlangsung selama kira-kira lima jam, kata pegawai Perancis dan Rusia.

Tujuan utama mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk memberi amaran kepada Putin berkenaan pencerobohan ke atas Ukraine.

“Kini terdapat kemungkinan untuk memajukan rundingan. Saya mendapat pengesahan daripada Putin bahawa tiada sebarang pengunduran atau kemajuan dalam konflik Rusia dan Ukraine,” katanya.

Sementara itu,pegawai Rusia mengesahkan bahawa Putin tidak membuat sebarang janji berkenaan peningkatan krisis itu.

“Melihatkan situasi semasa, Moscow dan Paris tidak boleh membuat sebarang perjanjian. Ia tidak mungkin terjadi. 

“Pembentangan hujah-hujah antara kedua-dua presiden yang berkaitan dengan pendirian mereka juga memerlukan masa,” ujar jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov.

Mesyuarat tersebut adalah perkembangan terbaharu bagi konflik berbulan-bulan antara Rusia dan Ukraine yang menyaksikan Moscow telah menghantar lebih 100,000 tenteranya ke kawasan sempadan Ukraine. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI