fbpx

Permohonan padam kandungan penyataan ditetapkan 15 Februari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Shafee ketika tiba di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 15 Februari ini bagi memutuskan permohonan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah untuk memadam sebahagian kandungan pernyataan yang dibuat oleh seorang bekas pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan kes pengubahan wang haram yang sedang dihadapinya.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menangguhkan keputusan selepas mendengar penghujahan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee dan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz yang mewakili pihak pendakwaan.

Pasukan pembelaan ketika mengemukakan permohonan lisan pada 26 Oktober 2021 menyatakan, pihaknya memohon memadam 33 perenggan daripada keseluruhan 51 perenggan yang terkandung dalam pernyataan bertulis sepanjang 13 muka surat yang dibuat oleh Syed Nasrul Fahmi Syed Mohamad.

Dalam permohonannya hari ini, Harvinderjit berkata, sebilangan perenggan dalam pernyataan saksi pendakwaan ketujuh (SP7) itu tidak relevan dengan pertuduhan yang dihadapi oleh Muhammad Shafee.

Hujahnya, ini kerana kesimpulan yang dibuatnya berdasarkan keterangan ‘dengar cakap’ (hearsay) selain memberikan pandangan perundangan ketika membuat kesimpulan kes walhal beliau tidak mempunyai latar belakang undang-undang.

Bagaimanapun, Afzainizam berhujah, permohonan Muhammad Shafee untuk memadam sebahagian perenggan yang terkandung dalam penyataan tersebut adalah tidak berasas dan bersifat pramatang pada peringkat ini.

Sehubungan itu, pendakwaan menghujahkan, keterangan yang dikemukakan oleh saksi berkenaan tidak perlu dipadam kerana ia relevan dengan pertuduhan yang dihadapi oleh Muhammad Shafee. – K!  ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI