fbpx

Sut lelaki yang memukau pandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONA hitam dan biru kelasi adalah rona klasik bagi sut lelaki.

oleh FAIZAL HAMID

SUT selalunya dikaitkan sebagai pakaian rasmi korporat atau pegawai tinggi kerajaan dan jika memakainya, anda dianggap tampil dengan penuh keterampilan.

Sut hebat adalah yang berjaya menggambarkan kerjaya anda. Sut yang bagus potongannya dapat menyerlahkan personaliti si pemakai dan tampak lebih segak dan kacak.

Namun begitu, perlu diingat potongan sut serta jahitan yang tidak kemas dan tampak murah, membuatkan anda kelihatan tidak refined and polished.

Beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang sut.

1. Sesuai dalam cuaca panas

Khaki sut paling sesuai digayakan dalam cuaca panas seperti di negara kita. Jaket berpinggang (slim jacket) dan seluar yang diperbuat dari kain kapas atau linen, bukan hanya ringan, tetapi juga menarik dipadankan dengan kemeja dan tali leher reka corak jalur pelbagai warna (multi-coloured stripes).

Tiada tolak ansur dari segi keselesaan dan kekemasan apabila anda membeli dan menempah sut.

2. Sut bermutu tahan lama

Sut yang bermutu selalunya sedikit mahal. Oleh itu, pastikan pilihan sut boleh dipakai selalu dan mudah disuai padan dengan apa sahaja dalam almari anda. Sut yang dibeli pada harga mahal sepatutnya tahan bertahun-tahun.

Bespoke adalah terma bagi sut yang ditempah mengikut ukuran badan individu, kerana ia sut tempahan mengikut kehendak pelanggan.

3. Dijahit kemas

Ciri-ciri sut yang perlu anda miliki adalah seperti butang daripada tanduk, lapel berjahit tangan, kolar berlapik felt, lapisan kanvas antara kain dan dijahit dengan kemas (bukan digam) serta pilihan fabrik lembut supaya anda boleh menyarungkannya 12 jam tanpa rasa gatal.

Jika mahu menggayakan skinny suit yang mengikut potongan badan, padankan ia dengan crisp white button-downshirt dan kasut oxford (lace-up oxfords), untuk gaya yang paling in style and hip.

JIKA menggayakan sut, ia perlulah dalam potongan yang sesuai dan selesa.

4. Gaya klasik

Dalam lingkungan yang konservatif, lelaki seharusnya berpakaian mengikut gaya klasik dan rasmi (formal).

Pemilihan warna untuk sut business lebih ditumpukan pada rona hitam dan kelabu.

Apabila memilih sut, seseorang lelaki harus mencari yang paling sesuai dan selesa digayakan dan bukan memilih sut yang hebat dari segi rekaan, tetapi nampak janggal apabila dipakai.

Dalam erti kata yang lain ia kelihatan elegan, bergaya sofistikated, sentiasa lebih baik daripada trend semasa yang menyerlahkan gaya terkini di pemakainya.

5. Lebih versatil

Jika dibandingkan, gaya sut two-button adalah tak lapuk dek zaman berbanding sut three-button.
Single-breasted jacket pula adalah lebih versatil berbanding double-breasted.

Apa yang penting, ia lebih mudah disuai padan, sama ada untuk acara formal, kasual atau bersantai dengan rakan-rakan.

Pada majlis black-tie, untuk lebih kelihatan trendy, anda boleh menggayakan jaket yang lebih mengikut bentuk badan dipadankan dengan kemeja putih yang bersih.

Padanan ini ringkas, tetapi sentiasa kelihatan hebat apabila digayakan.

6. Pilihan rona hitam, biru kelasi

Jika anda hanya memiliki sepasang sut, pilihlah dalam rona hitam, biru kelasi atau kelabu.

Jika mahu menyimpan lebih daripada sepasang (jaket dan seluar) dalam almari,semestinya salah satu sut perlulah menarik dan hebat dari segi tekstur dan warna.

Untuk kelainan, pilihlah sut khaki atau jika anda berani bereksperimentasi, pilih sut dengan reka corak plaid (kain berpetak ataupun genggang) seperti dari jenis fabrik glen plaid dan Prince of Wales.
———————————————————————————————————————————————–
FAIZAL HAMID ialah Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara,

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI