fbpx

Penyokong teori konspirasi dakwa ada bangunan makhluk asing di Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laman web Secureteam 10 mengganggarkan binaan oleh makhluk asing itu sebesar pasar raya Walmart. - YouTube

BANDAR RAYA NEW YORK – Kumpulan penganalisis teori makhluk asing percaya bahawa terdapat objek terbang tidak dikenali (UFO) dan bangunan gergasi dibina di Bulan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menerusi paparan di laman YouTube,  satu klip video menunjukkan  tiga struktur menyerupai bangunan berada di Bulan dengan salah satu lokasi penemuan tersebut adalah kawasan di mana kapal angkasa Apollo 15 mendarat pada tahun 1971.

Rakaman yang dimuat naik oleh  saluran penyelidikan makhluk asing,  Secureteam10 itu  menganggarkan bangunan tersebut menyamai saiz sebuah  pasar raya Walmart.

Saluran itu mempunyai lebih dua juta pengikut yang mahukan lebih banyak pembongkaran dibuat berhubung UFO dan makhluk asing.

“Kita tidak perlu membina sesuatu di Bulan kerana mereka (makhluk asing) sudah pun ada di sana.

“Dalam video ini, anda akan melihat struktur bangunan bersaiz pasar raya Walmart di Bulan. Binaan itu berada di atas sebuah bukit. Ia begitu hampir dengan tapak pendaratan misi Apollo dan ia bukan satu kebetulan,” kata penulis Secureteam 10, John Ege. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI