fbpx

Ops Selamat 17: 308,726 saman dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 308,726 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang Ops Selamat 17 sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, jumlah saman itu merekodkan peningkatan sebanyak 37,558 atau 14 peratus pada operasi sama tahun lalu.

“Dalam Ops Selamat pada 17 Februari, sebanyak 308,726 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan berbanding 271,168 saman pada Ops Selamat tahun lalu.

“Jumlah tahun ini sekaligus merekodkan peningkatan jumlah pengeluaran saman sebanyak 37,558 atau 14 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Acryl, Op Selamat 17 turut berjaya merekodkan penurunan jumlah kemalangan jalan raya sebanyak 26 peratus iaitu 11,325 kes berbanding 15,382 kes pada operasi sama tahun lalu.

“Jumlah kemalangan maut merekodan sebanyak 108 kes, berbanding 133 kes dalam Ops Selamat 16/2020 menunjukkan penurunan sebanyak 25 kes atau 19 peratus.

“Manakala jumlah kematian yang direkodkan adalah sebanyak 119 kes, berbanding 149 kes pada Ops Selamat 16/2020, menunjukkan penurunan sebanyak 30 kes atau 20 peratus,” jelasnya.

Tambah beliau, penunggang dan pembonceng motosikal kekal menjadi penyumbang utama mencatatkan angka kemalangan maut tertinggi sebanyak 82 kematian.

“Angka tersebut menurun sebanyak 15 kematian atau 15 peratus, berbanding Ops Selamat 16/2020 yang merekodkan sebanyak 97 kematian,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI