WARGANEGARA Arab Saudi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khaled di Riyadh pada 17 Mei 2021. – AFP

Arab Saudi wajibkan dos penggalak untuk rakyat ke luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIYADH – Pihak Berkuasa Umum Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA) mengumumkan beberapa prosedur penerbangan baharu berkaitan Covid-19, khusus untuk penumpang yang ingin masuk dan keluar dari negara itu, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Menerusi pekeliling yang diedarkan, GACA berkata, peraturan tersebut perlu dipatuhi semua syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang-lapangan terbang Arab Saudi termasuk penerbangan peribadi.

Pekeliling tersebut menyebut bahawa warganegara Arab Saudi yang ingin keluar dari negara itu  diwajibkan menerima dos penggalak vaksin Covid-19 termasuk mereka yang berada di Arab Saudi selama tiga bulan selepas tarikh menerima dos kedua.

Pengecualian bagaimanapun diberikan kepada individu berusia bawah umur 16 tahun, atau daripada kategori-kategori yang dikecualikan, seperti yang tertakluk dalam aplikasi Tawakkalna.

Sementara itu, bagi kemasukan ke dalam negara, penumpang luar termasuk warganegara Arab Saudi tanpa mengira status imunisasi perlu mempunyai sijil ujian tindak balas rantai polimerase transkripsi balikan (PCR) yang disahkan negatif atau ujian antigen pantas (RTK) yang diluluskan.

Kedua-dua ujian saringan itu perlu dilakukan dalam masa 48 jam dari waktu berlepas ke negara itu, dengan pengecualian diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur lapan tahun.

Kesemua peraturan tersebut akan mula berkuat kuasa esok, pada pukul 1 pagi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN