fbpx

Sektor perkhidmatan rekod kenaikan harga bagi suku keempat 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Uzir

PUTRAJAYA – Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP), yang mengukur purata perubahan harga perkhidmatan dikenakan oleh industri perkhidmatan tempatan meningkat 0.5 peratus pada suku keempat 2021.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, IHPRP bagi suku berkenaan meningkat 110.7 berbanding 110.1 pada suku sama tahun sebelumnya.

Beliau berkata, peningkatan itu didorong oleh indeks penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan & minuman (1.5 peratus) dan pengangkutan (0.7 peratus).

“Kenaikan indeks restoran dan aktiviti perkhidmatan makanan bergerak (1.8 peratus) mendorong kepada kenaikan indeks penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman.

“Penarikan semula sekatan perjalanan dan pembukaan sektor pelancongan yang berkuat kuasa pada pertengahan September 2021 turut mempengaruhi peningkatan bagi subsektor ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, bagi subsektor pengangkutan, kenaikan didorong terutama oleh harga lebih tinggi dalam Pengangkutan Muatan melalui Jalan Raya (1.2 peratus) dan Pengangkutan Penumpang
Udara (0.8 peratus).

Mohd. Uzir berkata, subsektor lain yang turut merekodkan kenaikan ialah aktiviti hartanah (0.6 peratus), pendidikan (0.5 peratus), kesihatan (0.2 peratus) dan profesional (0.1 peratus).

Bagaimanapun, katanya, indeks bagi subsektor kesenian, hiburan dan rekreasi menunjukkan penurunan sebanyak 0.2 peratus manakala indeks maklumat dan komunikasi kekal tidak berubah.

“Secara keseluruhan, IHPRP pada tahun 2021 meningkat sebanyak 0.3 peratus berbanding 0.5 peratus yang direkodkan pada 2020.

“Bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun pula, IHPRP meningkat kepada 0.2 peratus.

“Peningkatan ini disumbangkan oleh subsektor pengangkutan (0.8 peratus), penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman (0.7 peratus) dan aktiviti hartanah (0.2 peratus).

“Kenaikan dalam subsektor pengangkutan disumbangkan terutamanya oleh pengangkutan penumpang udara dimana meningkat sebanyak 3.1 peratus berbanding 1.0 peratus yang direkodkan
pada suku ketiga 2021,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI