fbpx

Setuju awalkan PRU-15 – Ku Li

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yussof (kanan) menyerahkan cenderamata kepada Tengku Razaleigh pada Forum Perpaduan MPMNPP di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu dipertimbang untuk diadakan dalam masa terdekat supaya rakyat diberikan semula mandat memilih kerajaan yang stabil dan kukuh untuk mentadbir negara ini.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, hanya menerusi PRU-15 rakyat boleh kembali memilih dengan jelas sebuah kerajaan dan menamatkan ketidaktentuan politik yang sedang berlaku pada masa ini.

“Saya setuju diadakan PRU-15 dengan lebih awal kerana kita dapat pulangkan kembali mandat kepada rakyat.

“Ia dapat hentikan ketidakstabilan dan ketidaktentuan yang berlaku ketika ini, mana ada negara di dalam dunia ini yang bertukar kerajaan dua kali dalam masa dua tahun,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak menggesa agar PRU-15 diadakan segera selepas semakin banyak kecelaruan politik berlaku di dalam negara sehingga menggugat kestabilan Kerajaan Pusat.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI