fbpx

Kerajaan bayar pampasan 60 peratus untuk jemaah tangguh umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk (kanan) menyampaikan sumbangan makanan kepada nelayan semasa Program Santuni Nelayan DUN Kijang di LKIM, Kuala Besar di Kota Bharu hari ini. FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Kerajaan akan membayar pampasan sebanyak 50 hingga 60 peratus kepada jemaah yang terpaksa menangguhkan daripada menunaikan ibadah umrah bermula 8 Januari lalu susulan peningkatan kes Omicron dalam kalangan jemaah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pampasan berkenaan akan dibayar menerusi Lembaga Tabung Haji (TH) kepada bakal jemaah berkenaan yang terpaksa menangguhkan pemergian ke Mekah.

Katanya, individu yang terkandas daripada menunaikan umrah dan mengalami kerugian boleh hadir di pejabat TH terdekat dengan membawa dokumen berkaitan untuk rujukan sebelum bayaran dibuat.

“Proses itu sudah berada dalam penelitian akhir. Kita jangkakan akan mendapat senarai penuh jemaah yang mengalami kerugian pada pertengahan bulan ini dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) dan kumpulan persatuan umrah.

“Sekiranya jemaah yang ada akaun TH, pembayaran akan lebih mudah kerana kita akan masukkan bayaran terus kepada akaun bakal jemaah berkenaan. TH akan mengagihkan bayaran pampasan berkenaan dengan peruntukan disediakan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir Program Santuni Nelayan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kuala Besar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk turut mengingatkan bakal jemaah yang akan menunaikan ibadah umrah bermula Selasa ini agar menitikberatkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mengelak jangkitan Covid-19.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI