fbpx

Lelaki dakwa lihat makhluk asing terbaring di Planet Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Makhluk tersebut didakwa sedang berbaring dalam keadaan bahagian atas dada, leher dan wajahnya berwarna merah jambu, berambut merah serta memakai sut gelap. - UFO Sightings Daily

WASHINGTON – Seorang ahli teori konspirasi mendakwa bahawa dia berjaya mengesan  imej makhluk asing  sedang memperhatikan kenderaan penerokaan Planet Marikh berdasarkan gambar yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), lapor akhbar Daily Star semalam.

Scott C. Waring  yang mendakwa dirinya sebagai pakar makhluk asing itu berkata, kelibat aneh yang dikesan adalah 100 peratus bukti bahawa terdapat kehidupan lain di luar Bumi.

Menurutnya, imej makhluk berketinggian beberapa sentimeter itu kelihatan seperti berwarna merah jambu.

“Ketika meneliti imej-imej yang dikeluarkan  NASA, saya mengesan sesuatu yang unik, yang boleh membuktikan 100 peratus bahawa terdapat kehidupan lain di luar Bumi.

“Terdapat satu makhluk sedang berbaring dalam keadaan bahagian atas dada, leher dan wajahnya berwarna merah jambu, berambut merah serta memakai sut gelap.

“Ia turut mempunyai sesuatu seperti objek berwarna kelabu di sebelah bahagian bahunya yang kelihatan seperti beg galas. Terdapat juga kesan tapak kaki di belakang lokasi makhluk itu sedang berbaring,” katanya sambil menganalisis imej tersebut dalam blog peribadinya, UFO Sightings Daily.

Waring mendakwa, dia mengesan kelibat tersebut di hamparan batu-batu di permukaan Planet Merah kelmarin, meskipun imej itu telah dikongsikan oleh NASA pada April 2021. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI