fbpx

Kejadian rompakan tular di Tapah tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesej tular menerusi aplikasi WhatsApp mengenai amaran IPD Tapah kononnya berlaku kejadian rompakan membabitkan individu menyamar daripada syarikat air dan elektrik. /FOTO IHSAN PDRM

TAPAH – Polis menafikan mesej tular menerusi aplikasi WhatsApp yang mendakwa pihaknya memberi amaran mengenai kehadiran beberapa lelaki kononnya daripada syarikat air atau elektrik yang melakukan rompakan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mesej tersebut bukan daripada pihaknya tetapi disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau memberitahu mesej sama pernah tular pada tahun 2019.

“Semalam kita mengesan mesej mengenai laporan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah mengenai tiga hingga empat lelaki akan melawat rumah dan mendakwa mereka daripada syarikat air atau elektrik.

“Suspek kononnya datang untuk menukar mentol bagi tujuan penjimatan sebelum merompak mangsa menggunakan senjata,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati, maklumat tular itu palsu yang mana tiada kejadian rompakan mahupun pencerobohan berlaku dilaporkan kepada polis membabitkan modus operandi sama.

Justeru itu, masyarakat diingatkan supaya mendapat maklumat sahih daripada pihak berkuasa dan jangan sesekali menggunakan media sosial untuk menyebarkan berita palsu yang boleh menganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI