fbpx

Apakah nasib operator tapak pelupusan sampah terbakar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran seluas kira-kira 11.3 hektar di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal telah berjaya dipadamkan.

SEBERANG PERAI – Nasib operator tapak pelupusan sampah di Pulau Burung di sini yang terlibat dengan kebakaran bakal ditentukan selepas pembentangan susulan dalam Mesyuarat Exco dibuat selewat-lewatnya pada minggu depan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) akan membentangkan laporan susulan untuk menggariskan langkah-langkah yang dicadangkan terhadap pihak pengurusan tapak pelupusan.

“Kita akan meneliti prestasi syarikat dalam menguruskan tapak pelupusan ini sejak mereka dilantik pada tahun 2012.

“Isu konsesi dan lain-lain akan tertakluk kepada laporan yang dibentangkan oleh BKT dan PBT untuk Exco melakukan penilaian sekali gus membuat keputusan berkaitan,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Serbaguna Jawi, Nibong Tebalh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, prestasi syarikat konsesi dalam mengurus tapak pelupusan sampah wajar diteliti sebelum sebarang keputusan diambil.

Beliau berkata, setakat ini, pemadaman kebakaran sudah dapat dikawal hampir 100 peratus dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) telah menamatkan operasi pada 31 Januari lalu, namun kerja susulan masih diteruskan termasuk melakukan ‘fire break’ menggunakan tanah merah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, bacaan kepekatan gas mencatatkan penurunan selepas beberapa kali hujan turun di sekitar tapak pelupusan.

Terdahulu, kebakaran tapak pelupusan sampah berkeluasan 16.2 hektar itu dilaporkan berlaku pada 12 Januari lalu membabitkan kawasan terbakar seluas kira-kira 11.3 hektar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI