fbpx
RUMAH tangga akan hancur apabila si suami mula main kayu tiga di belakang isteri. - GAMBAR HIASAN

‘Saya sering dibelasah suami depan anak sendiri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pengalaman pahit sering dipukul suami menyebabkan seorang pekerja swasta bimbang melepaskan anak perempuannya yang kini sudah berusia 11 tahun untuk dijaga oleh bekas suami.

Diana, 33, (bukan nama sebenar) memberitahu, alam perkahwinan yang dibina bermula tahun 2010 hanya mampu bertahan dalam tempoh tiga tahun apabila perangai suami berubah selepas mendapat keuntungan dalam perniagaan.

Diana berkata, suaminya bagaikan lupa daratan apabila terjebak sebagai kaki perem­puan dan suka memukulnya, malah kadangkala turut mengambil dadah.

“Ada sampai tahap dia sanggup membawa wanita lain tidur di dalam rumah kami serta menggunakan pakaian saya sewaktu saya dan anak tiada di rumah.

“Saya juga pernah dibelasah di depan anak sendiri yang ketika itu berusia tiga tahun sehingga membuatkan saya nekad keluar dari rumah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurutnya, prosiding penceraian dia bersama bekas suami yang juga berusia 33 tahun itu mengambil masa selama dua tahun.

“Ketika dalam tempoh tersebut, saya masih dipukul sehingga lebam hampir keseluruhan badan sebelum membuat laporan polis.

“Saya menggunakan laporan itu untuk membuat tuntutan penjagaan anak, namun laporan itu digugurkan atas dasar simpati saya bagi mengelakkan bekas laki ditangkap,” ujarnya.

Jelas Diana, dia mengambil masa lebih dua tahun bagi membenarkan anaknya menemui bekas suami dan itupun dilakukan dengan menghantar kepada keluarga bekas mertua bagi tempoh antara dua hingga tiga jam sahaja.

“Saya tidak berani melepaskan atau memberikan terus anak kepada suami bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Apabila diberikan kepada keluarga bekas mertua, saya rasa ada jaminan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN