fbpx

Rakan sepasukan mahu perenang transgender dilarang sertai kejohanan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIA THOMAS mengikat rambutnya semasa menyertai kejohanan renang di Massachusetts pada 22 Januari lalu. - AFP

NEW YORK – Seramai 16 rakan sepasukan perenang transgender, Lia Thomas semalam mendesak pihak berkuasa kolej sukan Amerika Syarikat (AS)  agar mematuhi peraturan baharu renang AS yang akan menyaksikan dia dilarang daripada bertanding dalam kejohanan akan datang.

Dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Universiti Pennsylvania dan Persidangan Atletik Ivy League oleh bekas perenang Olimpik, Nancy Hogshead-Makar, semua 16 perenang Universiti Pennsylvania itu berkata, Lia tidak sepatutnya dibenarkan bertanding dalam kategori wanita.

Kes Lia mencetuskan pandangan berbeza dengan sebilangan berkata, dia mempunyai kelebihan fizikal yang tidak adil kepada perenang wanita lain, manakala sesetengah pula mahu perenang transgender itu dibenarkan untuk terus bertanding sebagai seorang wanita.

Pada Selasa lalu, badan pengurusan sukan renang di AS, USA Swimming memperkenalkan garis panduan baharu termasuk peraturan lebih ketat melibatkan hormon  testosterone.

Garis panduan baharu itu tidak menyebut nama Lia tetapi dilihat bakal menjadikan lebih sukar buat dirinya untuk bertanding dalam kejohanan besar seperti kejohanan Ivy League dan Persatuan Atletik Kolej Kebangsaan (NCAA).

Nama 16 perenang Universiti Pennsylvania itu tidak disertakan dalam surat berkenaan. Surat itu dihantar oleh Hogshead-Makar yang merupakan ketua eksekutif badan bukan kerajaan Champion Women.

“Secara biologi, Lia memiliki kelebihan yang tidak adil dalam pertandingan kategori wanita. Jantina dari segi biologi merupakan isu berbeza daripada identiti gender dalam sukan,” demikian menurut kandungan surat itu.

Ranking perenang transgender itu melonjak daripada kedudukan ke-462 sebagai perenang lelaki kepada tempat pertama sebagai wanita.

“Sekiranya dia boleh bertanding dalam kalangan kami, dia akan memecahkan rekod renang  Penn, Ivy, dan NCAA kategori wanita iaitu sesuatu yang dia tidak mampu lakukan ketika bertanding sebagai perenang lelaki,” kata 16 perenang tersebut. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI