fbpx

Penduduk jumpa perahu lama di tebing Sungai Ketil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perahu lama milik pedagang ditemui di tebing Sungai Ketil.

BALING – Penduduk kampung terkejut apabila menemui sebuah perahu lama di tebing Sungai Ketil berhampiran Kampung Lela, Kuala Pegang di sini Rabu lalu.

Perahu lama tersebut dipercayai peninggalan pedagang zaman dahulu yang mungkin digunakan sebagai salah satu alat pengangkutan air oleh mereka.

Perahu lama milik pedagang ditemui di tebing Sungai Ketil.

Penduduk kampung, Mohd. Azhar Ismail,46, berkata, perahu sepanjang sembilan meter itu ditemui dalam keadaan baik dan kayunya juga masih kukuh dan tidak reput.

“Perahu ini mungkin timbul di tebing sungai kerana air sungai semakin cetek akibat musim kemarau.

“Keadaan perahu masih baik kerana struktur kayunya masih kukuh, dipercayai dibuat oleh pedagang dahulu dengan menggunakan sejenis kayu yang tahan lama,” katanya di sini hari ini.

Katanya, perahu tersebut dipercayai digunakan oleh pedagang terdahulu yang berulang alik melalui Sungai Ketil untuk berdagang.

“Ia mungkin berusia 100 tahun, namun strukturnya kayu dan bentuknya masih dalam keadaan terpelihara dan tidak reput,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya juga telah menghubungi Jabatan Muzium bagi memaklumkan tentan penemuan mengenai perahu itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI