fbpx

Mentua, ipar boleh didakwa jika punca keretakan rumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafidzah Hassan berkongsi peruntukan dalam mahkamah syariah jika terdapat individu yang menghalang suami atau isteri dari melakukan tanggungjawab mereka.

PETALING JAYA – Kehidupan berumah tangga biasanya akan dipenuhi dengan cabaran dan ujian yang bermacam bentuk.

Lebih memeritkan, apabila terdapat campur tangan pihak ketiga yang merumitkan lagi keadaan sehingga meyebabkan pergaduhan antara suami isteri.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh Peguam Syarie, Nurul Hafidzah Hassan di laman Twitter, beliau berkongsi peruntukan dalam mahkamah syariah jika terdapat individu yang menghalang suami atau isteri dari melakukan tanggungjawab mereka.

“Suami anda dah berapa lama tak pulang ke rumah. Ada kerja, sibuk, singgah rumah mak dia, tengokkan adik ipar di hospital, dan akhirnya tak balik langsung.

“Siasat punya siasat rupanya mak mentua tak suka anda dan hasut anaknya kahwin lain sehingga tak balik rumah. Maki hamun bila anda datang dan minta dia pulang atau suami itu ada kekasih lain.

“Terdapat peruntukan dalam mahkamah syariah bagi mana-mana orang yang menghalang suami atau isteri menunaikan tanggungjawab mereka sehingga mengabaikan keluarga mereka,” ciapnya.

Menurut beliau, hak ini diberikan kepada pendakwa syarie dan bukannya tuntutan saman ganti rugi sivil memandangkan hal keluarga Islam termasuk di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.

“Jadi anda perlu laporkan, sertakan bukti-bukti dan pendakwa syarie akan melihat sekiranya perkara tersebut adalah membentuk perlakuan jenayah syariah.

“Dan pihak yang menghalang suami pulang, halang beri nafkah dan beri ancaman serta gangguan kepada rumah tangga boleh didakwa,” katanya.

Jelasnya, ahli keluarga serta saudara-mara yang lain boleh didakwa di mahkamah sekiranya mereka mengganggu dan masuk campur urusan pasangan lain.

“Mak meNtua, kakak ipar, abang saudara, bini pertama, kedua, ketiga semua boleh didakwa. Kesimpulan jangan masuk campur hal rumah tangga orang,” ciapnya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI