fbpx

Hanya bilik tidur yang terbakar, rumah selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bilik tidur di Apartmen Idaman Suria, Jalan 10/21D Medan Idaman, dekat sini yang terbakar, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Ketangkasan pasukan bomba memadamkan kebakaran sebuah bilik tidur di Apartmen Idaman Suria, Jalan 10/21D Medan Idaman, dekat sini berjaya mengawal api daripada merebak dan membakar seluruh kediaman berkenaan, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihak bomba menerima panggilan kejadian pada pukul 3.32 pagi.

“Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah bilik tidur di unit kediaman tersebut yang musnah dalam 60 peratus,” ujarnya kepada Kosmo.

Menurutnya, pihak bomba berusaha memadamkan kebakaran bagi mengelak ia merebak dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh setengah jam.

Katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI