fbpx

Hakim Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Dua hakim, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mengangkat sumpah jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, seramai 11 lagi individu menerima Surat Cara Pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

Mohd. Nazlan pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman mulai 10 April 2015 sebelum dilantik Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Januari 2017.

Beliau juga merupakan hakim yang mendengar perbicaraan kes SRC International Sdn. Bhd. membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Mohamad Zabidin pula merupakan Hakim Mahkamah Tinggi yang dilantik pada 28 Julai 2006 sebelum menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 26 November 2018.

Antara yang dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman ialah Timbalan Ketua Bahagian I, Bahagian Guaman Jabatan Peguam Negara, Azizan Md. Arshad, Peguam Kanan Persekutan S. Narkunavathy, Pengerusi Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri, Noor Ruwena Md. Nurdin dan Pengarah Peperiksaan Sijil Amalan Guaman, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Jamhirah Ali.

Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan serta pesuruhjaya kehakiman itu diadakan di Istana Kehakiman, di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI