fbpx

Denda RM14,179 jika ‘melepas’ dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis daerah terpaksa bertindak selepas menerima banyak aduan daripada penduduk tempatan mengenai mereka yang membuang air besar di taman itu. - HFM

LONDON – Satu papan tanda yang melarang orang ramai daripada membuang air besar terpaksa dipacak di sebuah taman awam di Little Bowden, England, lapor laman berita MailOnline  kelmarin.

Orang ramai yang ditangkap melakukan perbuatan tidak senonoh itu boleh dikenakan denda sehingga £2,500 (RM14,179) oleh Majlis Daerah Harborough.

Papan tanda  luar biasa itu terpaksa diletakkan selepas penduduk tempatan berdepan beberapa insiden individu membuang air besar di sebalik semak yang ada di taman tersebut dan najisnya tidak dibersihkan.

Mereka yang bertanggungjawab telah diberi amaran bahawa denda maksimum untuk kelakuan sedemikian ialah RM14,179 dan terdapat kamera televisyen litar tertutup (CCTV) memantau kawasan itu pada setiap masa.

“Malangnya, terdapat insiden setempat orang menggunakan kawasan awam ini  sebagai tandas.

“Ini jelas tidak boleh diterima dan kami meletakkan papan tanda sementara yang memberi amaran kepada orang ramai bahawa mereka berdepan denda sehingga RM14,179 jika ditangkap, Ketua Majlis untuk Perkhidmatan Alam Sekitar Harborough, Kaunselor Jonathan Bateman. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI