fbpx

Penumpang asing berak dalam bas persiaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing membuang air besar dalam sebuah bas persiaran.

PETALING JAYA – Seorang penumpang lelaki dipercayai warga asing bertindak di luar jangkaan apabila membuang air besar di tempat duduk sebuah bas persiaran.

Menerusi perkongsian video di media sosial, kejadian tersebut disedari selepas pemandu membuat pemeriksaan di dalam bas persiaran berkenaan.

Video berdurasi 23 saat itu turut merakam perbualan pemandu yang mengarahkan lelaki terbabit untuk membersihkan tempat duduknya yang dipenuhi najis.

Bagaimanapun, perjalanan dan destinasi bas berkenaan tidak dapat dipastikan.

“Aku bawa mu (kamu) jauh-jauh, mu (kamu) berak dalam bas. Mana tahi mu (kamu) buang. Habis seluar mu (kamu) kena. Basuh kerusi itu,” katanya kepada penumpang itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meminta pihak berkuasa mengambil tindakan kepada individu terbabit selain mewajibkan pemandu bas untuk berhenti lebih kerap bagi keselesaan penumpang.

“Tolonglah pihak berkuasa ambil tindakan ke atas individu yang buang air kecil atau besar bersepah (di merata-rata tempat),” ujar Arif.

“Ini yang aku tidak suka naik bas. Tiada tandas. Kali terakhir naik bas pergi Johor Bahru dari Terminal Bas Selatan dulu. Lebih 20 kali pergi tandas sebelum bas bertolak,” kata Azhar.

“Kita tak boleh salahkan penumpang sebab kebanyakan sikap pemandu bas sendiri berkeras tak nak berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R).

“Pernah sekali aku tak tahan kencing minta dia berhenti, pemandu tak nak sebab dah nak sampai. Dua jam lagi baru sampai kot,” jelas Hasif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI