fbpx

Menteri Pendidikan tulis nota dengan tulisan jawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nota bertulisan jawi yang dikongsi Fadhlina (gambar hiasan) di Facebook rasmi beliau.

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ternyata merupakan seorang yang berbakat dalam penulisan jawi apabila mencatat nota dalam tulisan tersebut ketika mesyuarat ringkas dan ceramah yang dihadiri beliau.

Dalam satu hantaran di Facebooknya, Fadhlina berkata, belaiu tidak begitu berbakat dalam penulisan khat, imlak dan jawi namun, bapanya menjadi jurulatih utama dalam mengajar penulisan jawi di rumah.

“Satu aspek penghargaan penting dalam sejarah pendidikan saya ialah kepada guru yang mengajar saya khat, imlak dan jawi. Kesabaran dan ketelitian serta betapa berseninya tulisan mereka sentiasa mengagumkan saya.

“Ustaz Saleh, ketika saya di sekolah rendah cukup teliti ketika mengasah bakat saya dalam tulisan khat dan jawi. Malangnya, saya tidak begitu berbakat asyiklah dapat hadiah sagu hati.

“Tetapi bapa saya menyambung tugas itu di rumah dengan memberikan sepenuh perhatian kepada proses meraut pensil khat saya setiap hari dan melatih saya menulis jawi sehingga mahir.

“Ya, bapa saya ialah jurulatih utama saya kerana kami dua beranak cukup meminati seni khat dan tulisan jawi. Tulisan jawi bapa saya sangat kemas! Bukan seperti tulisan saya yang seperti cakar ayam,” jelasnya.

Jelas Fadhlina, khazanah tulisan jawi adalah sebahagian daripada tradisi kekuatan tamadun bangsa Melayu.

“Ia mesti terus dibugar dan dipertahankan sebagai kekayaan khazanah bangsa untuk generasi akan datang. Selamat Hari Guru,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI