fbpx

Anwar arah DBKL tanam 100 pokok baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perdana Menteri mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menanam semula 100 pokok baharu bagi menggantikan setiap pohon yang terpaksa dipotong.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara tersebut menerusi hantaran di aplikasi X, sebentar tadi.

“Saya telah memberi arahan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur (Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh) iaitu bagi setiap pohon yang terpaksa dipotong, 100 pokok baharu wajib ditanam semula,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas arahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa supaya DBKL menebang pokok berisiko tinggi susulan kejadian pokok tumbang di ibu negara, kelmarin.

DBKL juga diarah menambah baik pelan Pengurusan Pokok Rendang dan menyediakan garis panduan berkaitan pokok berisiko tinggi yang dijangka siap Julai ini.

Isnin lalu, sebatang pokok tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Finance hampir mengenai kenderaan yang membawa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Bagaimanapun, pokok berkenaan menghempap bahagian belakang kereta peronda polis yang mengiring Ab. Rauf.

Pada 7 Mei lalu, Kosmo! melaporkan kejadian pokok tumbang ekoran hujan lebat yang meragut nyawa seorang lelaki termasuk menjejaskan 17 kenderaan serta landasan monorel di Jalan Sultan Ismail. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI