fbpx

Semua ahli VIVIZ positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN VIVIZ

BEBERAPA hari lalu, agensi kumpulan VIVIZ iaitu Big Planet Map mengesahkan artis naungan mereka iaitu Umji dijangkiti wabak Covid-19.

Terbaharu, dua lagi ahli kumpulan tersebut iaitu Eunha dan SinB turut mendapat nasib sama apabila disahkan positif wabak berkenaan.

“Kami ingin memaklumkan anda bahawa ahli VIVIZ SinB telah disahkan positif Covid-19 selepas mengambil ujian PCR pada 30 Januari lalu.

“Selepas Eunha disahkan positif, SinB pula menerima nasib sama, namun tidak menunjukkan sebarang simptom khusus.

“Kesemua ahli VIVIZ kini sedang menjalani kuarantin secara berasingan dan mereka dalam keadaan baik,” tulis kenyataan yang dikeluarkan.

Terdahulu, ramai idola K-pop disahkan menghidap virus tersebut antaranya Lisa Blackpink, Yuna dan beberapa nama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI