fbpx

Laut surut, Pulau Giam jadi tarikan di Pangkor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengawasi pengunjung yang mengambil peluang melintas laut untuk ke Pulau Giam dari Pantai Teluk Nipah, Lumut.

LUMUT – Ratusan pengunjung mengambil kesempatan daripada kejadian air laut surut yang berlaku cuma beberapa hari dalam setahun di Pulau Pangkor untuk berjalan kaki dari Pantai Teluk Nipah ke Pulau Giam, sejauh kira-kira 400 meter.

Orang ramai mulai menyeberang kira-kira pukul 9.30 pagi ketika air mulai surut dan memperlihatkan beting pasir selebar satu meter seolah-olah seperti jambatan yang menghubungkan kawasan pantai menuju ke pulau tersebut.

Keadaan air surut itu bagaimanapun hanya berlaku selama dua jam dengan paras terendah dicatatkan ialah 0.3 meter atau paras buku lali lelaki dewasa, sebelum air kembali pasang menjelang tengah hari.

Difahamkan, hampir 500 orang mengambil kesempatan mengharungi air laut berjalan kaki ke pulau tersebut dalam tempoh berkenaan.

Seorang pengunjung, Ahmad Hafizuddin Abdullah, 25, bersama lima rakannya datang dari Pulau Pinang ke Pulau Pangkor semata-mata untuk merasai pengalaman berjalan kaki dalam air laut itu.

Dalam pada itu, seramai lapan anggota Bomba dan Penyelamat termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), 10 anggota Persatuan Rekreasi Pangkor yang terdiri daripada ‘beach boy’, anggota Rela dan polis bertugas memantau situasi di kawasan tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Pangkor, Shah Al Haffiz Mohd. Redzuan berkata, pasukan itu sudah melakukan pemantauan sejak Isnin dengan melakukan pengawasan di darat dan di laut bersama agensi berkaitan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI