fbpx

Harga ayam boleh melebihi RM10 kalau tiada intervensi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit ayam di pasaran pada masa ini akan melebihi RM10 sekilogram sekiranya tiada intervensi daripada kerajaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, dengan peningkatan kos pengeluaran, pihak industri telah mengemukakan kepada kerajaan supaya harga kawalan tersebut dinaikkan.

“Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Mengenai Industri Pengeluaran Makanan telah diberikan taklimat berkenaan industri pengeluaran ayam dan telur menerima impak kenaikan mendadak kos input makanan jagung dan soya merangkumi 70 peratus kos penternakan ayam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Alexander berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyambut baik keputusan kerajaan dalam menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM8.90 sekilogram dalam mesyuarat tersebut pada 31 Januari lalu dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

“Penetapan harga siling runcit ayam bagi Labuan, Sabah dan Sarawak akan dibuat berdasarkan lokasi.

“Harga runcit RM8.90 ini merupakan penurunan kali ketiga selepas ditetapkan pada RM9.50 semasa Perayaan Deepavali, RM9.30 ketika SHMKM dari 7 hingga 31 Disember dan RM9.10 semasa SHMKM dari 1 Januari hingga 4 Februari,” katanya.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, penetapan harga baru runcit ayam itu ditampung melalui subsidi kerajaan sehingga kos pengeluaran ayam kembali rendah dan stabil.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI