fbpx
RACHEL dan Kim Saunders melahirkan bayi lelaki mereka selang dua jam. - @thesaunders_twins/Instagram

Kembar seiras lahir anak selang dua jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Dua adik-beradik kembar seiras di Amerika Syarikat melahirkan anak dalam selang masa dua jam walaupun mereka tidak bersalin pada hari yang sama, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Rachel dan Kim Saunders dari negeri Minnesota menyambut kelahiran anak sulung mereka selepas bersalin hampir serentak dan mengaku sentiasa melakukan semua perkara bersama-sama.

William ‘Trip’ Saunders Soule dilahirkan pada 8 Julai tahun lalu sekitar pukul 11.27 malam (waktu tempatan), manakala sepupunya, Crew Philip Crawford menyusul pada 9 Julai sekitar pukul 2.28 pagi (waktu tempatan).

Dua bulan kemudian, kedua-dua wanita tersebut memperkenalkan bayi masing-masing kepada 282,000 pengikut mereka di TikTok, lapor lapor akhbar Daily Star.

Menerusi klip video yang ditonton sebanyak 107,000 kali, pasangan kembar itu mengaku bahawa mereka sama-sama mahukan anak dan berakhir dengan kedua-duanya hamil secara serentak. – Agensi

POPULAR