fbpx

Jin Wei anggap Tahun Baharu Cina lebih bermakna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIN WEI menganggap sambutan Tahun Baharu Cina kali ini amat bermakna kerana dapat meraikannya bersama keluarga tercinta.

PERSEORANGAN wanita profesional negara, Goh Jin Wei menganggap sambutan Tahun Baharu Cina kali ini lebih istimewa kerana dapat menyambutnya bersama keluarga tercinta di Pulau Pinang.

Pada masa sama, juara dua kali remaja dunia itu juga sudah mampu untuk menarik nafas lega serta tidur nyenyak selepas dapat menyelesaikan permasalahan yang berkait dengan kariernya.

Justeru, dia mengharapkan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini membawa tuah buat dirinya apabila dapat menyambutnya bersama keluarga serta rakan-rakan selepas tidak dapat melakukannya tahun lalu.

“Tahun ini saya dapat bercuti selama seminggu untuk beraya bersama keluarga. Sudah tentu saya sangat gembira kerana berpeluang untuk bersama keluarga tercinta bagi menyambut perayaan.

“Selain itu, dapat makan besar bersama-sama serta berkunjung ke rumah kawan-kawan kerana tahun lalu kami tidak dapat melakukannya gara-gara syarat ketat akibat pandemik Covid-19,” kata pemain berusia 22 tahun itu.

Perayaan Tahun Baharu Cina kali ini bakal menjadi permulaan baharu buat Jin Wei selepas dia berdepan kemelut dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini.

Bulan lalu, BAM mengambil keputusan untuk tidak mendaftarkan Jin Wei dalam mana-mana kejohanan selama dua tahun kerana mengambil keputusan untuk bergerak secara profesional.

Bagaimanapun, isu tersebut dianggap selesai apabila BAM memberi restu terhadap hasratnya untuk bergelar pemain profesional selepas mereka mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI