fbpx
Gambar kenangan Azizulhasni bersama arwah bapanya, Awang sewaktu pulang bercuti di Kampung Nibong Stesen, Dungun baru-baru ini.

Bapa Azizulhasni meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Bapa jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohamad Azizulhasni Awang, meninggal dunia akibat strok hari ini.

Allahyarham [email protected] Embong, 73, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Kampung Nibong Stesen di sini pada pukul 2 pagi.

Abang ipar Azizulhasni, Mohd. Razman Mohamad berkata, arwah bapa mertuanya, [email protected] sebelum ini dimasukkan ke sebuah hospital swasta selama empat hari akibat masalah pernafasan tidak stabil.

“Bagaimanapun, arwah telah kembali stabil dan dibenarkan pulang petang semalam. Kami memang tak jangka pemergian arwah kerana dia kelihatan sihat dan masih mengukir senyuman semalam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Razman berkata, Azizulhasni yang kini berada di Melbourne, Australia sempat pulang bertemu dengan bapanya awal bulan lalu.

“Azizulhasni juga turut menelefon keluarga malam tadi selepas bapanya meninggal dunia dan dia menguruskan semua perbelanjaan pengebumian bapanya,” katanya.

Sementara itu, Azizulhasni turut berkongsi berita duka tersebut di laman Instagramnya. – K! ONLINE

POPULAR