fbpx

Pogba sanggup kekal di Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA dilaporkan memilih kembali mewarnai saingan Serie A di Itali dengan Juventus biarpun mendapat tawaran lumayan daripada PSG dan Real Madrid. – AFP

MANCHESTER – Pemain te­ngah Manchester United, Paul Pogba dilaporkan sedia menandatangani kontrak baharu dan kekal di Old Trafford sekiranya Ralf Rangnick dilantik sebagai pengurus kekal pasukan itu.

Pogba, 28, masih belum ber­aksi dalam sebarang perlawanan sejak Rangnick dilantik sebagai pengurus interim pa­sukan itu apabila masih belum pulih daripada masalah kece­deraan paha pada November lalu.

Masa depan pemain Perancis itu bersama United tidak menentu ketika kontraknya akan berakhir dalam tempoh lima bulan lagi dan proses rundingan untuk kontrak baharu juga dilaporkan sangat perlahan.

Laporan menyebut bahawa Pogba telah menolak tawaran United pada musim panas lalu menyebabkan dia mungkin akan meninggalkan pasukan itu secara percuma pada musim panan nanti.

Bagaimanapun, Pogba dilaporkan sangat teruja dengan pembaharuan yang dibawa oleh Rangnick untuk pasukan itu menyebabkan dia sedia membuat pusi­ngan ‘U’ dan menandatangani kontrak baharu bersama pasukan itu.

Pengurus dari Jerman berkenaan dilaporkan berjaya menyakinkan Pogba bahawa pasukan itu mampu untuk menjadi lebih kuat pada masa akan datang dan khid­matnya sangat diperlukan . – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI