fbpx

Pas seolah-olah mahu tamatkan MN – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad ditemui pemberita selepas majlis perjumpaan bersama Parti Makkal Sakti Malaysia di Hotel Granada, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Pas seolah-olah mahu menamatkan kerjasama bersama UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) apabila berterusan memilih untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keadaan itu menyebabkan keputusan Pas untuk bersama PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini bukan sesuatu yang memeranjatkan.

“Kelihatan seperti mereka yang ingin memuktamadkan MN, dalam lain kata bukan kita yang mahu tetapi sebelah mereka.

“Sudah kita faham mereka mahu berlawan seperti di PRN Melaka. Sebelum ini kita tidakkah kata kerjasama MN sudah muktamad, tapi apabila semalam Pas bersama Bersatu, saya tidak nampak ruang apa-apalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan bersama Parti Makkal Sakti Malaysia yang diadakan di Hotel Granada di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R. S. Thanenthiran; Pengerusi Makkal Sakti Johor, Datuk Seri Dr. M. Suriya dan Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Hairi Mad Shah.

Semalam, muzakarah Bersatu bersama Pas telah membuat ketetapan bahawa Pas akan bersama PN dalam menghadapi PRN Johor. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI