fbpx

PRN Johor: Bersatu, Pas kekal kerjasama, guna logo PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin ( tiga kanan) dan Abdul Hadi (dua kiri) semasa Muzakarah Pas Bersatu hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas kekal  menjalinkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Selain itu, kedua-dua parti berkenaan memutuskan untuk bertanding dengan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gabungan itu mahu mendapatkan mandat rakyat bagi membentuk kerajaan negeri apabila memenangi pilihan raya berkenaan kelak.

Katanya, PN sedang merangka semula strategi dengan mengambil iktibar keputusan PRN Melaka pada November lalu.

“Keadaan di Johor adalah berbeza kerana lebih ramai pengundi atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kita sudah merujuk keputusan di Melaka untuk menyusun semula strategi kemenangan.

“Strategi itu tidak didedahkan lagi namun kita tahu apa yang patut dilakukan dan sebahagiannya sudah dinyatakan dalam resoulsi. Selebihnya kita akan maklum ketika sudah menghadapi pilihan raya nanti,” katanya pada sidang akhbar Muzakarah Pas Bersatu di sini, hari ini.

Turut dihadiri Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI