fbpx

Penduduk Taman Alam Indah akhirnya tersenyum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA penduduk di Taman Alam Indah, Shah Alam yang terjejas dalam kejadian banjir bulan lalu.

SHAH ALAM – Penantian penduduk Taman Alam Indah di Seksyen 33 di sini untuk mendapatkan bantuan banjir akhirnya menjadi kenyataan apabila rayuan mereka mendapat perhatian pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.

Sambil melahirkan rasa syu­kur, penduduk taman berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk media atas laporan mengenai kesengsaraan yang ditanggung mereka sebelum ini.

Pengerusi Rukun Tetangga (KRT) Taman Alam Indah, Shamsudin Said, 45, berkata, kebanyakan penduduk telah menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengambil Bantuan Selangor Bangkit (BSB) yang mula diberikan oleh kerajaan negeri sejak petang semalam.

“Alhamdulillah, pihak MBSA dan Ketua Penghulu Daerah Klang telah hadir hari ini (semalam) bagi melihat dan berjumpa dengan mangsa banjir di sini.

“Mereka memaklumkan akan menyegerakan bantuan kepada penduduk di Seksyen 33 dan memohon maaf kerana terlepas pandang.

“Penduduk yang telah me­nerima SMS juga diminta hadir ke Pejabat Daerah Tanah Klang pada 29 Januari bagi mengambil bantuan bencana BSB,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sema­lam.

Berita berkaitan: ‘Sudah sebulan, mana bantuan banjir kami?’

Sementara itu, katanya, penduduk di Seksyen 33 juga telah menubuhkan sebuah Jawatan­kuasa Bertindak Pasca Banjir Taman Alam Indah bagi membuat bancian kerugian isi rumah.

“Satu sesi dialog akan diadakan pada 9 Februari ini bersama Datuk Bandar Shah Alam di mana kami akan membentangkan bancian kerugian yang ditanggung oleh penduduk.

“Selain itu, kita juga ingin minta maklum balas untuk mengeluarkan cadangan atau penambahbaikan selepas kejadian supaya ia tidak berulang lagi,” ujarnya.

Kosmo! pada 26 Januari lalu mendedahkan mengenai nasib penduduk Taman Alam Indah di Seksyen 33 di sini yang masih belum mendapat sebarang bantuan walaupun kawasan mereka antara yang paling terjejas dalam kejadian banjir besar bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI