fbpx
Papan tanda menunjukkan arah ke Pejabat Agama Islam wilayah Songkhla, Thailand.

Najib rugi RM3,000, tak jadi tambah ‘cawangan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Hajat seorang penyelia projek untuk menambah ‘cawa­ngan’ berkecai apabila dia kerugian RM3,000 apabila diperdaya ejen nikah Siam palsu didalangi seorang dikenali sebagai Ustaz Jaafar baru-baru ini.

Lelaki tersebut, Najib, 32, memberitahu, dia terdesak untuk menikah de­ngan kekasihnya, seorang jurujual yang dikenali sejak dua tahun lalu tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Katanya, dia mengenali gadis itu atas urusan kerja sebelum hatinya terpaut.

“Saya kemudian diperkenalkan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Ustaz Jaafar oleh seorang rakan dan telah mence­ritakan yang saya terdesak untuk berpoligami dan bercadang bernikah di Thailand.

“Ketika berbalas mesej menerusi aplikasi WhatsApp, Ustaz Jaafar memberi panduan dan menerangkan satu demi satu prosedur pernikahan dan me­minta saya membayar RM3,000,” katanya ketika ditemui.

Tambahnya, pada hari yang dijanjikan, dia dan pasangan bertemu Ustaz Jaafar di kedai makan di sebuah negeri sebelum dimaklumkan yang mereka tidak jadi ke Thailand atas alasan kes jangkitan Covid-19 semakin me­ningkat.

Bagaimanapun menurut Najib, Ustaz Jaafar memberitahu mereka masih boleh bernikah di dalam negeri tetapi berdekatan sempadan yang diuruskan oleh kadi Thailand.

“Saya hampir hendak bernikah tetapi menukar fikiran apabila ragu-ragu lalu memberi helah untuk keluar membeli barang dengan pasangan sebelum me­ninggalkan tempat itu dan Ustaz Jaafar sendirian,” katanya.

Taktik sama juga hampir menjerat ahli perniagaan, dikenali sebagai Khalid, 46, selepas hasrat untuk bernikah di negara jiran tertangguh sejak dua tahun di­sebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.

Namun dia bernasib baik tidak tertipu apabila menghubungi pegawai di salah sebuah pejabat agama Islam di Thailand yang memberitahu tidak pernah menghantar kadi ke negara ini untuk menguruskan proses pernikahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN